Sesi Dagangan Bursa Malaysia Bermula Rendah

114

Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan pagi ini dengan penurunan daripada prestasi yang positif semalam dipacu oleh ketiadaan pemangkin membeli yang lebih kuat walaupun berlatarbelakangkan pasaran Asia yang kukuh.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 2.06 mata kepada 1,613.96 daripada 1,616.02 ketika ditutup petang Khamis dengan perolehan 173.66 juta unit bernilai RM85.03 juta.

Suasana pasaran masih positif dengan kaunter dibuka 205 kaunter untung mengatasi 86 kaunter rugi dan 179 kaunter tidak berubah.

Nestle adalah yang tertinggi, naik 30 sen kepada RM148.60 dengan 700 saham dilakukan, Ajinomoto dan BAT masing-masing menokok 10 sen kepada RM17.50 dan RM22.60.

Selain itu, F&N susut 40 sen kepada RM34.46, Petronas Dagangan turun 30 sen kepada RM23.08 dan Axiata turun enam sen kepada RM4.94.

Sentimen positif daripada sesi yang kukuh di Wall Street yang mengatasi ketegangan perdagangan membantu saham Asia lebih tinggi. Hasil Perbendaharaan susut manakala yen mencatatkan peningkatan, lapor Bloomberg.

Bloomberg juga melaporkan bahawa White House menangguhkan keputusan mengenai lesen bagi syarikat AS untuk memulakan perniagaan dengan Huawei Technologies Co. selepas Beijing mengatakan ia menghentikan pembelian barangan pertanian Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang untuk saham di Tokyo, Seoul dan Sydney meningkat.

Nikkei Jepun naik 0.59%, Kospi naik 1.13% manakala Indeks Komposit Shanghai naik 0.3%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat