Setelah Brexit – Kesepakatan Ini Bakal Menjadi Episod Penting Untuk Eropah!

216

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai Eropah pada hari Isnin melaporkan bahawa China dan Kesatuan Eropah dijangka akan mencapai kesepakatan pada minggu ini yang akan membenarkan syarikat EU memperoleh akses yang lebih baik ke atas pasaran China, memperbaiki hubungan perdagangan yang lebih baik dan melindungi pelaburan EU di China.

Perbincangan mengenai perjanjian pelaburan telah dimulakan sejak tahun 2014 tetapi terhenti selama bertahun-tahun kerana Beijing dikatakan gagal membuat janji untuk mengangkat sekatan ke atas pelaburan EU.

Bagaimanapun, disebabkan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China mungkin telah membantu mengubah kedudukannya dan mewujudkan kesepakatan antara Beijing dan Brussels, kata pegawai.

Menurut pegawai EU, rundingan ini akan selesai secepat mungkin kerana adanya kemajuan yang positif dan halangan utama hanyalah butiran kecil yang perlu diselesaikan. Kemungkinan besar, perjanjian ini akan dimenterai pada hari Rabu ini.

Setelah mencapai persetujuan Brexit dengan Britain, perjanjian dengan China ini akan menjadi satu lagi episod penting buat 27 negara-negara Eropah. Matawang Euro melonjak naik sebanyak 0.36% berbanding US dolar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat