Setelah Susut, EUR/USD Melonjak Semula Atasi Trendline Resistance

336

Pengukuhan matawang USD dek kerana aspek yang diambil terhadap kenyataan hawkish oleh Federal Reserve (Fed) nampaknya terus memacu takhta raja matawang kekal utuh di dagangan awal minggu.

Akan tetapi takhta berkenaan dilihat sedikit tergugat susulan bacaan positif mengenai penebitan data Ekonomi Jerman Tinjauan ZEW yang telah pun merangsang matawang Euro untuk mengukuh semula.

Pelabur juga berwaspada dengan menjadikan tumpuan utama seterusnya kepada penerbitan data harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) setelah terbitan data NFP yang sebelum ini sedikit mengecewakan.

Tepati jangkaan penganalisis setelah harga pada carta pasangan matawang EUR/USD hanya membuat reversal di trendline support yang kemudiannya terus memberi aksi garang pada sesi Eropah Selasa.

Kegarangan dalam menterjemahkan junaman itu tampaknya hampir sahaja ingin menguji semula zon sokongan 1.12000 sebelum kembali mendaki di sesi New York semalam sehingga ke penghujung sesi.

Lonjakan tersebut sama sekali terus bersambung ke sesi dagangan hari ini (Rabu) dengan pergerakan harga dilihat sekali lagi mencuba paras rintangan Moving Average 50 (MA50) dan trendline resistance.

Faktor itu juga bakal dinilai bagi menjangkakan sasaran berikutnya yang turut kelihatan seperti ingin menembusi trendline resistance untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1.13000.

Dengan berbuat demikian, pelabur mungkin akan melihat reaksi harga pada zon SBR berkenaan sama ada zon itu berjaya diatasi ataupun tidak untuk isyarat awal kepada perubahan trend yang lebih jelas.

Namun andai kata lonjakan yang dipamerkan ketika ini tidak berdaya untuk diteruskan, ia secara tidak langsung akan mendorong pelabur untuk melihat harga kembali mencecah ke zon sokongan 1.12000.

Penyusutan lebih rendah pula akan meningkatkan sasaran pelabur untuk memperlihatkan pergerakan harga mencuba paras terendah 2021 sekitar 1.11900 sebelum paras terendah baharu bakal tercipta.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat