Setiausaha Pengangkutan AS Letak Jawatan Sebab Rusuhan Capitol

205

Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Elaine Chao pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai membantah insiden kekacauan dan keganasan di Capitol.

Lapor Bernama, beliau adalah anggota kabinet pertama pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden pada Rabu waktu tempatan itu.

Peletakan jawatannya berkuatkuasa pada Isnin minggu hadapan.

“Semalam, negara kita mengalami peristiwa yang mencetuskan trauma dan tidak dapat dielakkan apabila penyokong Presiden menyerbu Capitol. Saya yakin ramai yang mengalami perkara sama, situasi itu sangat mengganggu saya,” katanya.

Chao, 67, telah memegang portfolio berkenaan sejak 2017.

Dalam insiden itu, penyokong setia Trump menyerbu bangunan Capitol AS selepas Trump menyampaikan ucapan berkobar-kobar kepada puluhan ribu penyokongnya berhampiran White House, menyebabkan empat orang disahkan terkorban.

Trump dalam ucapannya menolak untuk mengalah dan menyeru penyokongnya terus berjuang untuk mengelak keputusan pilihan raya ‘dicuri’, dengan mendakwa terdapat banyak penipuan undi, tuduhan yang disangkal pegawai pilihan raya.

Beliau bagaimanapun berkata akan menyerahkan kuasanya secara tertib kepada Joe Biden pada 20 Januari kelak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat