Siapa Kata Penyusutan Ringgit Tiada Kebaikan?

486

‘Ohh siapa kata ringgit melemah tidak membawa manfaat kepada ekonomi.’

Kejatuhan nilai Ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tampak memberi faedah kepada sektor pelancongan lebih-lebih lagi selepas sempadan negara dibuka pada April lalu.

Difahamkan berlakunya penambahan pelancong luar (inbound) dan aktiviti pelancongan dalam negara (outbound) dengan syarikat penerbangan melaporkan berlakunya peningkatan tempahan tiket kapal terbang.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Perkhidmatan Wang Malaysia, Chitra Devi Sundram, orang ramai dilihat berpusu-pusu melancong selepas sekian lama terkurung ekoran sekatan perjalanan.

Maka ia telah mewujudkan keyakinan bahawa permintaan terhadap pertukaran asing bertambah, memandangkan lebih ramai orang akan melancong untuk bercuti atau pendidikan.

Atas faktor tersebut juga pemain industri percaya kadar pertukaran yang agak stabil bagi ringgit berbanding sejumlah mata wang utama lain selain dolar akan menggalakkan aktiviti pelancongan outbound.

Umumnya, ringgit terus diniagakan rendah berbanding dolar dengan sekitar pagi tadi ia berlegar pada paras 4.6400/4.6445.

Krisis Pound United Kingdom (UK) dan kebimbangan kemelesetan Eropah telah mendorong lonjakan pada dolar sehingga memberi kesan kepada ringgit.

Sungguhpun begitu, ringgit tetap didagangkan tinggi berbanding sejumlah mata wang lain termasuk Pound dan Yen.

Berbalik kepada cerita asal, penolong pengurus Malaysia Airlines iaitu Norshafiza Zulkifli berkata berlakunya peningkatan tempahan awal untuk penerbangan ke London dan Australia.

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia juga merekodkan lonjakan pada tempahan dengan CEO AirAsia Aviation Group Ltd, Bo Lingam menyatakan permintaan dilihat menghampiri tahan pra-pandemik.

Ekoran itu, Lingam menjangkakan kelemahan pada ringgit akan membawa lebih ramai pelancong ke dalam Malaysia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat