Situasi Dah Terbalik, Sekarang SEC Pula Kena Dakwa!

1,602

“Mesti semua orang sukakan, ye la sebelum ni asyik SEC je yang nak dakwa banyak pihak.”

Firma mata wang kripto headquartered Fort Worth, Lejilex yang berganding bahu bersama Crypto Freedom Alliance of Texas (CFAT) telah memulakan prosiding undang-undang terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Hal ini kerana SEC melampaui batas bidang kuasa kawal selianya susulan mengambil alih kawalan ke atas ruang aset digital tanpa kuasa perundangan yang jelas, oleh itu tuntutan tersebut telah difailkan di Mahkamah Daerah Fort Worth Amerika Syarikat (AS).

Gabungan Lejilex dan CFAT juga bertujuan meminta pengesahan bahawa aset digital didagangkan pada platform sedemikian seperti dirancang oleh Lejilex yang ingin menubuhkan platform kripto dipanggil Legit.Exchange bukan sekuriti tertakluk pada kawalannya.

Kedua-dua firma itu telah mencari preseden yang akan membenarkan penyenaraian token sedia ada sebelum ini termasuk yang telah dilabelkan oleh SEC sebagai sekuriti dalam tindakan undang-undangnya terhadap Coinbase dan Binance tanpa melanggar undang-undang sekuriti.

Menurut plaintif, SEC bukan sahaja penghalang pertumbuhan perniagaan malah membahayakan kedudukan AS sebagai inovator dalam sektor aset digital susulan layanannya terhadap kripto sebagai kontrak pelaburan adalah terlalu luas dan mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

Ia juga mendakwa bahawa pernyataan kuasa SEC yang besar memerlukan kelulusan jelas daripada Kongres yang merupakan sokongan telah dibina atas preseden kehakiman baru-baru ini.

Jadi di sini dapat dilihat keputusan baik untuk Lejilex dan CFAT mungkin mendorong penilaian semula pendekatan kawal selia SEC manakala keputusan yang sokong kuasa SEC boleh mengesahkan status quo kawal selia dan kukuhkan kapasiti SEC untuk mengawasi pasaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat