Solana (SOL) Bermasalah Lagi, Binance Terpaksa Hentikan Pengeluaran Aset!

1,486

Binance mengumumkan pengeluaran aset di platform mereka menerusi blockchain Solana terpaksa dihentikan ekoran daripada kesesakan di rangkaian.

Jelas Binance di dalam notis semalam:

“Rangkaian Solana (SOL) sedang berhadapan dengan kesesakan kerana transaksi yang tinggi, menyebabkan kapasiti rangkaian menurun kepada beberapa ribu transaksi per saat dan menyebabkan kegagalan transaksi pengguna.”

Disebabkan itu, Binance terpaksa menghentikan pengeluaran aset melalui rangkaian Solana untuk sementara waktu untuk melancarkan backlog.

Solana mendapat perhatian yang mendadak kerana kebolehannya untuk menampung 50,000 sehingga 65,000 transaksi sesaat.

Permintaan yang tinggi terhadap SOL mendorong harga koinnya meningkat sehingga $260 pada 6 November, sebelum susut sehingga $143.53 ketika artikel ini ditulis.

Penyusutan harga SOL sedikit sebanyak berkait rapat dengan isu serangan DDoS yang berlaku baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat