Sterling Didagangkan Positif Selepas Permohonan Penangguhan Brexit Diluluskan.

496

Sesi dagangan yang agak pasif pada sesi Asia dan Eropah hari ini kerana berita mengenai lanjutan tarikh akhir Brexit tidak memberi kesan signifikan kepada sentimen pasaran.

Kesatuan Eropah melanjutkan tarikh akhir Brexit selama enam bulan lagi sehingga 31 Oktober 2019. Dalam ulasan pengundian mereka, pegawai EU menyatakan dengan jelas bahawa mereka akan fleksibel dengan masa kerana tidak ada sesiapa yang tidak memerlukan pengunduran Brexit tanpa perjanjian.

Matawang Dolar AS pula didagangkan agak negatif selepas Federal Reserve menyatakan bahawa langkah seterusnya dalam kadar faedah Amerika Syarikat mungkin lebih rendah daripada menaik ekoran kebimbangan mengenai perbincangan perdagangan yang sedang berlangsung, rundingan Brexit dan kemungkinan kelembapan ekonomi yang lebih besar daripada jangkaan ekonomi di Eropah dan China.

Matawang Euro pula mengikut jejak langkah USD yang agak lemah selepas mesyuarat ECB semalam. Presiden ECB Mario Draghi sekali lagi menekankan pada sidang akhbarnya bahawa ECB akan melakukan segala yang dapat dilakukan untuk mendapatkan inflasi kembali ke tahap sasarannya.

Dalam kalendar ekonomi New York hari ini, indeks harga peringkat kilang Amerika Syarikat bakal dikeluarkan pada jam 8.30 malam di mana jangkaan pasaran akan terdapat sedikit kenaikan berikutan data inflasi yang positif serta harga komoditi minyak mentah yang kembali pulih.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat