Swiss Franc Jadi Tumpuan Sesi Eropah, USD Kekal Terbantut!

149

Pergerakan mata wang kekal terhad ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah, menyaksikan dagangan US dolar kekal berlegar di paras ketinggian hampir 20 tahun berbanding pesaing utama.

Cuti Independence Day di Amerika Syarikat pada Isnin mungkin akan terus membataskan dagangan mata wang sehingga ke sesi New York susulan penutupan pasaran saham dan bon AS.

Menjadi tumpuan pelabur pada sesi ini adalah penerbitan data inflasi Switzerland yang terus mencatatkan lonjakan ke paras tertinggi terbaharu 29 tahun dengan mencecah 3.4% pada bulan Jun.

Angka yang dicatatkan dalam indeks harga pengguna (CPI) Switzerland semakin jauh melebihi sasaran Swiss National Bank (SNB) pada 2%, dan meningkat lebih tinggi daripada catatan 2.9% pada bulan Mei.

Perang Rusia di Ukraine dilihat merupakan faktor utama kepada lonjakan harga di negara itu, selain daripada gangguan rantaian bekalan yang berterusan.

Susulan terbitan data tersebut, mata wang swiss franc kekal menguat di paras tertinggi lima minggu berbanding dolar greenback walaupun reaksi yang dipaparkan tidak terlalu ketara.

Sementara itu, pelabur juga diperlihatkan dengan dagangan euro dan pound sterling yang mempamerkan pergerakan mendatar di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemelesetan yang semakin meningkat.

Dolar Aussie pula mencuri peluang untuk bangkit dari paras terendah dua tahun menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa yang dijangka akan menyaksikan satu lagi peningkatan kadar faedah oleh bank pusat itu sebanyak 50 mata asas kepada 1.35%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat