Syarikat Kedua Gergasi Korea Selatan Belanja RM 346 Juta Untuk Projek Metaverse & Blockchain

703

Subsidiari syarikat gergasi kedua Korea Selatan, SK Group; SK Square mengumumkan persediaan untuk melancarkan mata wang kripto pada hujung tahun ini, sekaligus mewujudkan ekonomi maya yang bertunjangkan blockchain.

Penggunaan teknologi ini difahamkan menyokong sambungan perniagaan teknologi komunikasi dan informasi (ICT).

Malah, SK Square merupakan subsidiari pertama dalam kalangan 10 syarikat konglomerat yang merancang untuk melancarkan token kripto.

Bagi merealisasikan misi ini, SK Square telah menubuhkan pasukan terbaharu untuk membawa ekonomi berasaskan blockchain ke ruang metaverse Ifland, perdagangan dalam talian, dan beberapa perkhidmatan lain.

Tidak cukup dengan itu, SK Square memperuntukkan pelaburan bernilai $82 juta (RM346 juta) untuk projek blockchain dan metaverse.

Sebagai rekod, SK Group merupakan syarikat kedua terbesar di Korea Selatan dengan pemilikan aset bernilai sekitar $226 bilion (RM954 bilion).

Pada tahun lepas SK Square memiliki 35% saham Korbit, menjadi pemegang saham kedua terbesar bagi platform pertukaran kripto tempatan itu.

Manakala satu lagi subsidiari SK Group, SK Telecom memiliki jumlah pengguna lebih 4.5 juta dan kuasakan Ifland yang dilancarkan sejak Julai 2021.

Menariknya lagi, SK Group komited membuat pelaburan lebih $700 juta (RM2.9 bilion) di Malaysia pada tahun lepas bagi menyokong pertumbuhan perkhidmatan teknologi kewangan yang berpotensi untuk menyumbang kejayaan ekosistem bank digital.

Difahamkan SK Group tidak teragak-agak untuk menambah lagi pelaburan seterusnya di Malaysia sepanjang 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat