Syarikat Penerbitan Pendidikan Sasbadi Rancang Kerjasama Dengan Huawei

562

Syarikat penerbitan pendidikan, Sasbadi Holdings Bhd telah merancang untuk menjalinkan bekerjasama dengan syarikat teknologi terkemuka China, Huawei Technologies dalam pembangunan produk e-learning dengan memanfaatkan teknologi cloud artificial intelligence dan mencipta peluang bersama.

Dalam sesi bursa hari ini, Sasbadi mendedahkan bahawa mereka telah menandatangani memorandum kerjasama dengan Huawei, yang termasuk mempromosikan bersama produk e-pembelajaran Sasbadi di Malaysia dan Asia Tenggara melalui cloud marketplace Huawei. Selain itu, usahasama tersebut akan berkuatkuasa selama 2 tahun.

Melalui kerjasama dengan Huawei, ianya diharapkan dapat memberikan sumbangan positif terhadap pendapatan dan aset syarikat tersebut untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2020 dan akan datang.

Di samping itu, dana pembiayaan untuk program kerjasama tersebut adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Selain itu, saham Sasbadi pada hari ini telah ditutup tidak berubah pada 11.5 sen, dengan permodalan pasaran sebanyak RM48.2 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat