Tak Dapat Diselamatkan, Ekonomi UK Sah Menguncup Pada Suku Kedua!

331

Kemerosotan ekonomi UK pada suku kedua tahun ini ternyata lebih baik daripada dijangkakan walaupun bacaan yang diterbitkan menunjukkan penguncupan pertamanya sejak pandemik.

Terbaharu, Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan penguncupan 0.1% pada suku kedua dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK susulan pertumbuhan 0.8% yang dicatatkan pada suku pertama.

Bacaan data juga menunjukkan ekonomi merosot 0.6% pada bulan Jun yang terkesan dengan cuti panjang sempena jubli perak Queen Elizabeth II.

Walau bagaimanapun, penurunan yang dicatatkan pada suku kedua dan bulan Jun adalah lebih baik daripada jangkaan, menandakan kelembapan ekonomi di negara itu tidak seteruk seperti yang disangkakan pasaran.

Sektor perkhidmatan jatuh sebanyak 0.4%, ditolak oleh kejatuhan besar dalam kesihatan manusia dan aktiviti kerja sosial setelah wabak Covid-19 semakin mereda.

Sementara dari segi penggunaan, perbelanjaan isi rumah jatuh 0.2%, mengimbangi sumbangan positif daripada perdagangan bersih.

Penguncupan ini sememangnya telah dijangkakan Bank of England (BOE) yang melihat UK akan memasuki kemelesetan pada akhir tahun ini berikutan inflasi yang melambung tinggi dan harga tenaga dijangka akan meningkat lagi pada Oktober.

Meskipun begitu, bank pusat dilihat akan terus menaikkan kadar faedah bagi meneruskan usaha untuk menurunkan inflasi kembali ke sasarannya 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat