Tak Konsisten! Bursa Bercampur Tatkala Ringgit Naik Pada Akhir Minggu

189

Dagangan pasaran tempatan bercampur dengan Bursa dibuka positif sebelum berundur apabila sentimen kebimbangan kembali melanda pasaran.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng mengatakan aktiviti pembelian berterusan pada saham perbankan sungguhpun sentimen suram yang diapit kenaikan kadar dasar semalaman (OPR).

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.83 mata pada 1,493.90 daripada penutupan Khamis pada 1,494.73 dengan pembukaan kukuh 1.02 mata pada 1,495.75.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 142 mengatasi kaunter rugi pada 88, manakala 176 kaunter pula tidak berubah, 1,899 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 76.19 juta unit bernilai RM37.3 juta.

Rentetan itu, julat indeks diramal berada pada 1,490 ke 1,500.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd, Axiata Group Bhd dan Maxis Bhd naik 1 sen pada RM5.41, RM2.93 dan RM3.83 sementara Press Metal Aluminium Holdings Bhd capai 3 sen pada RM5.05 dan Public Bank Bhd kekal pada RM4.64.

Saham aktif memperlihatkan Metronic Global Bhd kekal pada 4.5 sen, Tanco Holdings Bhd naik 1.5 sen pada 27.5 sen, Mi Technovation Bhd tambah 7 sen pada RM1.20 dan HB Global Ltd raih 0.5 sen pada 14 sen sementara Vinvest Capital Holdings Bhd turun 0.5 sen pada 19.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 1.55 mata pada 10,612.35, indeks FBMT 100 menyusut 2.59 mata pada 10,361.08 dan indeks FBM Emas Shariah mengurang 6.60 mata pada 10,697.77 sementara FBM 70 meraih 9.78 mata pada 12,754.88 dan FBM ACE mengukuh 3.20 mata pada 4,805.30.

Segi sektor, indeks Perladangan melemah 25.73 mata pada 6,997.47 sementara indeks Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.50 mata pada 185.83,  indeks Tenaga meningkat 1.15 mata pada 707.65 dan  indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 3.61 mata pada 16,738.67.

Sementara itu, Ringgit (RM) dibuka tinggi berbanding Dolar Amerika Syarikat pada 4.4960/4995 daripada penutupan 4.5010/5040.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat