TANKAN BoJ: Unjuran Baru Inflasi Syarikat Jepun Lebih Perlahan

53

Jangkaan inflasi syarikat Jepun sedikit jatuh pada bulan September berbanding 3 bulan sebelumnya berikutan terdapat kerisauan persepsi ekonomi akan terus mengalami deflasi.

Kaji selidik syarikat-syarikat oleh bank pusat Jepun (BoJ) menjangkakan harga pengguna akan meningkat 0.7% setahun bermula dari sekarang. Jangkaan ini berbeza dengan unjuran awal pada 3 bulan lepas yang menjangkakan peningkatan 0.8%.

Namun, syarikat-syarikat ini kekal dengan jangkaan harga pengguna akan meningkat kepada 1.1% setahun bermula 3 tahun dari sekarang.

Pada tahun ini ekonomi Jepun berkembang dalam keadaan stabil, namun harga pengguna hanya meningkat sedikit. Hal ini menyebabkan BoJ harus membuat keputusan sama ada menambahkan lagi pelonggaran dasar monetari atau merombak kembali polisi agar pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan.

Pakar ekonomi Mitsubishi UFJ Morgan Stanley (NYSE:MS) Securities mengatakan ” Syarikat lebih optimis terhadap ekonomi dunia dan tidak menjangkakan harga runcit domestik meningkat sebegitu banyak.”

”Buat masa ini, kita tidak akan melihat perubahan secara tiba-tiba dalam polisi BoJ, akan tetapi ini memberi indikasi bahawa pelonggaran polisi monetari akan terus kekal bagi beberapa waktu.”

Laporan kaji selidik tankan menunjukkan indeks sentimen firma pembuatan meningkat kepada paras tertinggi sepanjang satu dekad berikutan permintaan dunia yang membantu pemulihan ekonomi.

Data kaji selidik bank pusat Jepun “tankan” meningkat diluar jangkaan, didorong oleh harapan ekonomi akan terus kekal pulih, meningkatkan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, serta mempercepatkan pertumbuhan inflasi ke aras sasaran 2 peratus bank pusat.

Mesyuarat bank pusat seterusnya akan diadakan pada 30-31 Oktober, di mana akan mengeluarkan laporan jangkaan harga pengguna. Jika bacaan tersebut semakin berkurang, maka bank pusat harus mengatur strategi baru.

Kaji selidik terhadap jangkaan harga korporat menerusi ‘tankan’ BoJ telah dilakukan sejak Mac 2014 dengan bertujuan untuk mendapatkan lebih informasi tentang jangkaan inflasi yang menjadi salah satu indikasi kepada ransangan ekonomi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat