Teka-Teki Terjawab, Akhirnya Mata Wang Kripto Sah Diluluskan Presiden Ukraine

580

Selepas diluluskan parlimen pada bulan lepas, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy akhirnya menandatangani undang-undang yang membenarkan industri kripto bertumbuh di negara itu.

Melalui undang-undang tersebut akan lebih jelas status mata wang kripto dan pengelasannya; pemilikan dan entiti yang bertanggungjawab menyelia aset digital; termasuk keperluan untuk pendaftaran penyedia perkhidmatan kripto.

Difahamkan National Bank of Ukraine dan Suruhanjaya Kebangsaan Sekuriti dan Pasaran Saham bertanggungjawab sebagai penyelia kripto.

Walaupun kini mata wang kripto sudah diterima Ukraine, tidak bermakna negara ini bercadang untuk mengikut jejak langkah El Salvador yang menjadikan Bitcoin (BTC) sebagai mata wang sah.

Pada masa yang sama, pengesahan daripada presiden Ukraine menunjukkan undang-undang kripto kini menjadi peranan utama dalam pertahanan negara itu daripada mana-mana serangan luar.

Sebagai rekod, tragedi serangan Rusia ke atas Ukraine mengundang sumbangan seluruh dunia dalam berbagai jenis mata wang kripto: BTC, Ethereum (ETH), Solana (SOL), Polkadot (DOT), Dogecoin (DOGE) dan Tron (TRX) bernilai hampir $100 juta.

Namun, timbul kebimbangan jika Rusia mengambil peluang terhadap kelebihan kripto yang desentralisasi menyebabkan timbalan presiden Ukraine, Mykhailo Fedorov menggesa beberapa platform pertukaran kripto utama – Binance, Coinbase, KuCoin – untuk menyekat pengaksesan di negara penceroboh itu.

Tetapi mereka terpaksa menolak permintaan Fedorov kerana sekatan tersebut berdasarkan alasan yang tidak kukuh, melainkan jika terdapat entiti atau individu Rusia yang terlibat dengan kegiatan haram dalam penggunaan aset kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat