Tenggelam Tapi Koin Ini Curi Perhatian Sebagai ‘The Next Big Smart Contract Blockchain’!

1,216

Mungkin tenggelam dengan lambakan token kripto, Elrond (EGLD) dalam diam mencatatkan peningkatan sehingga 700% pada Februari, membawa gambaran Elrond bakal menjadi platform kontrak pintar terbaik seterusnya.

Jelas penganalisis kripto dikenali sebagai Guy, apa yang menjadikan blockchain Elrond lebih unik berbanding rangkaian lain adalah kerana ia menggabungkan ciri Bitcoin, Etherum dan platfform terdesentralisasi generasi akan datang untuk membangunkan rangkaian matawang kripto lain daripada yang lain.

Malah, rangkaian itu turut melakukan penambahbaikan terhadap gabungan itu. Misalnya, keadaan penyesuaian Elrond sama seperti sharding yang diperkenalkan dalam Ethereum 2.0, tetapi lebih baik.

Proof of stake (PoS) Elrond sama seperti yang dimiliki Harmony (ONE), tetapi lebih baik. Manakala mesin maya (VM) Arwen milik Elrond sama seperti CosmWasm oleh Cosmos, tetapi lebih baik.

“Jika digabungkan ketiga-tiga ciri ini, anda akan dapat blockchain yang mampu menangani lebih banyak transaksi sesaat berbanding gabungan blockchain kontrak pintar yang lain,” jelas Guy yang juga jurucakap Coin Bureau.

Tokennya, EGLD ketika penulisan didagangkan lebih $181 selepas lonjakan tinggi daripada $30 pada Januari lalu. EGLD juga telah mencatat rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu, $215.87 pada 9 Februari, menunjukkan penyusutan lebih 15% kepada harga semasa.

Namun, Guy masih optimis dengan token ini, memberi keyakinan akan melonjak lebih tinggi pada masa akan datang, berdasarkan dua faktor lain:

  • Selepas pelancaran mainnet pada Julai 2020dan pertumbuhan penyertaan pertaruhan dan ganjaran dengan fasa 3 dan 4, ekosistem itu berpotensi untuk mendapat permintaan yang tinggi.
  • Coinbase dilaporkan akan menyenaraikan matawang ini di platform pertukaran mereka.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat