Tentera China Dalam Berjaga-jaga Untuk ‘Operasi Ketenteraan Bersasar’

1,516

Kementerian pertahanan China meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga dan akan melancarkan ‘operasi ketenteraan yang disasarkan’ sebagai tindak balas kepada lawatan Speaker Dewan Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke Taiwan.

Secara berasingan, Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat mengatakan ia akan menjalankan operasi ketenteraan bersama berhampiran Taiwan mulai malam Selasa.

Latihan itu termasuk latihan bersama udara dan laut di utara, barat daya dan tenggara Taiwan, serta tembakan jarak jauh di Selat Taiwan dan pelancaran ujian peluru berpandu di laut timur Taiwan.

Agensi berita tempatan Xinhua melaporkan tentera China akan menjalankan latihan tembakan langsung dan latihan lain di sekitar Taiwan dari 4 hingga 7 Ogos.

Sementara itu dalam laporan berasingan, kementerian pertahanan Jepun mendakwa tiga kapal Rusia telah dikesan berhampiran kepulauan Taiwan menyertai China di tengah-tengah ketegangan yang meningkat.

China sudah berminggu-minggu memberi amaran kepada Pelosi supaya tidak datang ke Taiwan yang dianggap Beijing sebagai wilayahnya.

Pelosi yang telah selamat tiba pada malam Selasa, memulakan lawatan kontroversinya pada hari Rabu dengan memberi ucapan di pejabat presiden di Taipei bersama Presiden Tsai Ing-wen.

Dalam ucapan kepada media dan pegawai, Pelosi berkata tujuannya ke pulau itu adalah untuk menyatakan dengan jelas bahawa AS akan tetap dengan komitmen mereka untuk tidak akan meninggalkan Taiwan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat