Tergempar! Syarikat Gergasi Insuran Umum Benarkan Pembayaran Premium Guna Bitcoin!

922

Syarikat gergasi insurans AXA Switzerland pada hari ini melaporkan bahawa syarikat itu kini membenarkan pelanggan mereka membayar premium dalam bitcoin.

Dalam pengumuman tersebut, AXA Switzerland mengatakan bahawa pilihan pembayaran menggunakan bitcoin kini tersedia untuk produk bukan hayat. Walaubagaimanapun produk hayat insuran setakat ini belum menyokong pilihan pembayaran melalui bitcoin atas ‘sebab peraturan dan pengawalseliaan’.

Menurut Claudia Bienentreu, pengurus inovasi terbuka di AXA Switzerland, penawaran pembayaran menggunakan bitcoin adalah sebagai satu tindak balas terhadap perrmintaan yang meningkat dalam para pelanggan. Dengan medium pembayaran alternatif yang menggunakan teknologi baru akan mendorong syarikat memainkan peranan yang lebih besar dalam industri insuran khususnya.

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan broker kripto Swiss Bitcoin Suisse untuk inisiatif ini, dimana pembayaran bitcoin akan melalui Bitcoin Suisse dan ditukar menjadi Swiss franc.Walaupun AXA tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menggunakan pilihan pembayaran bitcoin, Bitcoin Suisse mengenakan komisen 1.75% untuk menampung kos pertukaran mata wang dan kos transaksi.

Axa mengatakan ia akan menyokong lebih banyak pilihan pembayaran dalam masa terdekat, termasuk TWINT, penyelesaian pembayaran aplikasi mudah alih untuk pasaran Switzerland.

Bagi matawang kripto lain, AXA mengatakan mereka tidak mempunyai rancangan untuk menambahkannya dalam pilihan pembayaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat