Tersilap Langkah, Emas Tergelincir Pada Awal Minggu

271

Harga emas bergerak lemah dalam dagangan yang masih terkesan dengan jangkaan kenaikan kadar faedah selanjutnya daripada Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, emas sedikit berubah pada $1,786 per auns susulan penyusutan yang dicatatkan pada sesi New York sebelum ini.

Jangkaan kenaikan kadar faedah yang berterusan oleh Fed terus menekan dagangan emas kuning, menyebabkan menjauh dari paras tertinggi enam bulan yang dicapainya minggu lalu.

Pengerusi Jerome Powell berkata pada mesyuarat polisi FOMC baru-baru ini bahawa bank pusat itu akan melanjutkan peningkatan kadar tahun depan untuk mengekang inflasi.

Berikutan jangkaan hawkish tersebut, dagangan US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun dapat mengekalkan pengukuhan pada awal minggu, sekali gus membantutkan pergerakan emas.

Memandangkan pasaran kekurangan pemangkin utama untuk merangsang pergerakan emas, pelabur perlu memberi perhatian kepada perkembangan Covid-19 di China dan perang Rusia-Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat