Testnet ‘Kintsugi’ Kini Bersiaran, Sedia Untuk Kelancaran Ethereum 2.0

395

Ethereum 2.0 mungkin belum bersedia untuk bersiaran, tetapi testnet pertama telah sedia untuk dieksperimen oleh penggunanya.

Dalam twit terbaru oleh pembangun utama Ethereum, Tim Beiko, testnet Kintsugi kini bersiaran dan pengguna berpeluang untuk melihat bagaimana ETH 2.0 berfungsi kelak.

‘Kintsugi’ diambil daripada perkataan Jepun, merujuk kepada penggunaan emas untuk membaiki barangan yang sudah rosak tanpa mahu menutup kerosakan.

Tetapi, Ethereum bukanlah rosak.

Sebaliknya, isu kos transaksi yang terlalu tinggi ketika lonjakan aktiviti di rangkaian dilihat sebagai satu ‘kecacatan’ yang menakutkan penggunanya hingga mereka terpaksa mencari alternatif lain.

Dan ETH 2.0 sebagai penyelesaiannya melalui peralihan Ethereum daripada konsensus Proof-of-Work (PoW) kepada Proof-of-Stake (PoS).

Sebagai rekod, peralihan rangkaian sudah pun bermula dengan fasa 0 pada Disember 2020 melalui pelancaran Beacon Chain.

Jika testnet Kintsugi dapat dilaksanakan dengan jayanya, Ethereum bersedia untuk Ethereum 2.0.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat