Theresa May Bakal Kalah Undian Parlimen 15 Januari Nanti?

709

Matawang dollar USD kembali melonjak dari paras terendah tiga bulan pada dagangan Khamis semalam dan mengukuh semula berbanding EURO dan Yen selepas Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam kenyataannya menyebut bahawa bank pusat AS berhasrat untuk memperhalusi semula secara terperinci penyata imbangan, seterusnya kembali memberi isyarat proses pengetatan dasar di Amerika Syarikat masih belum berakhir. Beliau juga berpendapat bahawa tiada sebarang risiko kegawatan ekonomi dalam jangka masa terdekat dan menjangkakan data ekonomi akan terus meneruskan momentum yang positif. Namun, beliau masih mengulangi kenyataan sebelum ini di mana bank pusat masih boleh bersabar dan boleh berubah secara fleksibel dan cepat bergantung pada data ekonomi semasa. Kenyataan berunsur positif tersebut sedikit melegakan pelabur terhadap dagangan USD sebelum ini yang menyusut ekoran kenyataan dovish bank pusat setelah minit mesyuarat FOMC dikeluarkan awal pagi semalam. Data ekonomi yang menjadi tumpuan di Amerika Syarikat hari ini adalah data indeks harga pengguna yang akan dikeluarkan jam 9.30 malam ini.

Sementara, tumpuan utama pasaran adalah kepada isu Brexit yang semakin menghampiri kemuncak rundingan. Matawang Sterling didagangkan berisiko dan berada pada paras terendah satu minggu berbanding EURO pada dagangan Khamis selepas Perdana Menteri Britain Theresa May telah kehilangan dua undian di Parlimen dalam masa dua hari menambahkan lagi kebimbangan terhadap ketidaktentuan Brexit yang melanda pasaran sebelum ini. Namun, sedikit melegakan apabila penggubal undang-undang Britain pada Rabu meminta kerajaan menyediakan plan B jika PM May gagal memenangi undian Parlimen pada 15 Januari ini untuk pelan Brexit beliau. Hal ini telah mengurangkan sedikit peluang Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian demi menjaga hubungan mereka untuk masa yang akan datang. Sekiranya undian Parlimen berjalan lancar dan PM May berjaya mendapat sokongan terhadap pelan Brexitnya, Sterling dijangka akan bergerak kukuh pada dagangan tahun ini. Data ekonomi tumpuan utk GBP hari ini adalah pada jam 5.30 petang ini iaitu data GDP (KDNK) yang dijangka kekal di paras 0.1% dan juga data pengeluaran kilang yang dijangka akan mencatatkan peningkatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat