Tiada Rezeki! Saham Nvidia Meroket 24%, Tapi Cathie Wood Dah Jual Dulu!

408

“Kalau Cathie Wood tak jual mesti sekarang dah gembira tengok keuntungan diperolehnya.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mendedahkan syarikat pengurusan pelaburan Ark Invest yang diasaskan oleh Cathie Wood telah menjual saham gergasi teknologi NVIDIA pada bulan Januari 2023 sebelum harganya secara beransur-ansur naik.

Sebagai sebuah syarikat terlibat dalam reka bentuk dan pembuatan komponen komputer, prestasi NVIDIA semakin memberangsangkan apabila sahamnya berjaya melonjak sebanyak 24.52% pada penutup dagangan hari Khamis.

Walaupun masih tidak pasti sama ada Ark Invest memiliki beberapa pegangan tambahan dalam NVIDIA selepas penjualannya pada Januari, masyarakat tetap berpandangan syarikat itu yang tidak dapat menurut serta kenaikan saham itu adalah sangat rugi.

Suka dimaklumkan bahawa Ark Invest adalah penyokong utama syarikat kenderaan elektrik Elon Musk, Tesla dan pengumpul konsisten saham platform dagangan mata wang kripto Coinbase yang berpangkalan di AS.

Selain itu, syarikat tersebut turut kekal sebagai salah satu penyokong terbesar beberapa syarikat Web3 utama dan Bitcoin (BTC) sungguhpun pasaran kripto pada masa ini masih berada dalam pergerakan mendatar.

Memang tidak dinafikan Wood terlepas untuk menjana keuntungan lumayan semasa harga saham NVIDIA memuncak tinggi, tetapi beliau tetap yakin dengan saham lain dalam portfolionya susulan ia mempunyai banyak inovasi.

Pada sisi berbeza, NVIDIA juga menggunung sebanyak 190% sejak Cramer menjualnya lapan bulan lalu susulan menjangkakan sahamnya akan jatuh akibat naik taraf Ethereum (ETH) namun jangkaannya meleset dan perlu diingat beliau sangat terkenal dalam memberi ramalan sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat