Tidak! Tidak! Tidak! Joe Biden Bantah Rusia Rampas Wilayah Ukraine

492

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dengan keras membantah bahawa ia tidak akan sesekali mengiktiraf percubaan Rusia untuk menjajah wilayah di Ukraine.

Biden turut mengecam undian yang dilakukan oleh tentera pro-Rusia di wilayah Ukraine dengan melabelkannya sebagai palsu.

Washington kini sedang bekerjasama dengan sekutu untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia, di mana individu dan entiti yang menyokong tindakan ini akan menerima akibatnya.

Kenyataan itu dibuat menjelang ucapan Presiden Vladimir Putin pada hari Jumaat yang dijangka mengisytiharkan penyertaan empat wilayah Ukraine di bawah Rusia.

Ini susulan kemenangannya dalam referendum yang dijalankan di empat wilayah Luhansk, Donetsk, Zaporizhzhia dan Kherson baru-baru ini.

Walaupun begitu, Ukraine dan negara-negara Barat telah menolak undi tersebut dan menyifatkannya sebagai satu penipuan.

Pada hari Khamis, Putin telah menandatangani dua dokumen yang mengiktiraf Zporizhzhia dan Kerson sebagai wilayah bebas, yang membuka jalan bagi mereka untuk menaklukinya.

Dokumen yang dikongsi di media negara Rusia, mengatakan kemerdekaan kedua-dua wilayah itu diiktiraf mengikut undang-undang antarabangsa dan termaktub dalam piagam PBB.

Namun, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata sebarang pengilhakan** wilayah sesebuah negara berdasarkan penggunaan kekerasan yang melanggar piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

**Pengilhakan (annexation) merupakan tindakan pentadbiran dan konsep undang-undang antarabangsa mengenai pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa oleh negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat