TikTok Cipta Keuntungan $34 Bilion Pada 2020

430

Meskipun berdepan pelbagai tekanan, syarikat di sebalik operasi aplikasi TikTok iaitu ByteDance menyaksikan pendapatannya meningkat 2 kali ganda tahun lalu.

Menerusi memo dalaman yang dikeluarkan kepada kakitangan syarikat berkenaan, jumlah pendapatan ByteDance melonjak sebanyak 111% kepada AS$34.3 bilion pada tahun lalu.

Angka itu menunjukkan populariti TikTok yang berterusan.

ByteDance turut menyaksikan keuntungan kasar tahunannya meningkat sebanyak 93% kepada AS$19 bilion meskipun merekodkan kerugian bersih sebanyak AS$45 bilion pada tempoh yang sama.

Kerugian bersih itu disebabkan oleh penyesuaian perakaunan ‘one-off’ dan tidak berkaitan dengan operasi syarikat.

Selain itu, memo terbabit juga menunjukkan ByteDance mempunyai seramai 1.9 juta pengguna aktif setiap bulan di semua platformnya sehingga Disember tahun lalu.

Khamis lalu, Reuters melaporkan perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada awal bulan ini akan mendesak beberapa aplikasi China untuk mengambil langkah lebih tegas bagi melindungi data pengguna jika ingin kekal dalam pasaran AS.

Biden juga mengarahkan Jabatan Perdagangan AS untuk memeriksa aplikasi yang dibangunkan oleh negara-negara luar seperti China.

Menurut Biden, ‘pendekatan berdasarkan bukti’ perlu dilakukan sekiranya terdapat aplikasi yang berisiko mengancam keselamatan negara AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat