TikTok Semakin Selamat Untuk Umum, Tapi Bakal Hilang Pengguna

328

Lepas ni kalau tengok TikTok dan tak ada video admin menari, jangan marah.

TikTok sedang mencari cara untuk menilai dan menyekat kandungan mengikut umur bagi menghalang kandungan dewasa daripada ditonton oleh pengguna remaja dan ke bawah.

Umumnya, populariti TikTok di kalangan pengguna remaja tidak dapat disangkal lagi jadi ByteDance, syarikat pemilik aplikasi TikTok, sedang menjalankan ujian untuk memastikan kandungan dewasa disekat daripada akaun pengguna remaja.

Menurut satu kenyataan daripada firma tersebut, mereka akan menggunakan garis panduan standard penarafan kandungan yang digunakan dalam filem dan permainan video bagi menentukan jenis kandungan yang dipaparkan.

Selain itu, firma tersebut akan menguji cara bagi pencipta kandungan untuk menentukan sama ada kandungan yang dibuat boleh ditatapi oleh khalayak umum atau sebaliknya.

Isu berkenaan kandungan yang dipaparkan dalam platform media sosial dan kesejahteraan serta keselamatan pengguna remaja sangat diperkatakan.

Hal ini kerana, Meta Platform Inc, syarikat pemilik Facebook; Instagram; dan WhatsApp, telah dikecam oleh penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) ekoran rancangan mereka yang ingin mengeluarkan versi Instagram khas untuk kanak-kanak.

Selain itu, pada tahun lepas, peguam AS telah membuka kertas siasatan terhadap Meta kerana mempromosikan Instagram kepada kanak-kanak walaupun terdapat potensi bahaya selepas dokumen dalaman yang bocor, menimbulkan persoalan tentang penyelidikan syarikat terhadap kesan Instagram ke atas kesihatan mental pengguna remaja.

Ekoran daripada itu, TikTok yang juga dikritik kerana memaparkan kandungan gangguan makanan telah mengambil serius perkara itu dan akan mengeluarkan kandungan yang mempromosikan pemakanan tidak teratur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat