Tips Ini Mengajar Anda Yang Ingin Kaya Cepat Dengan Forex Trading

2,002

Ramai yang cuba kaya cepat dengan forex trading. Jika anda salah seorang daripada yang inginkan kaya cepat dalam bidang ini, anda boleh lupakan sahaja. Ia hampir mustahil dan selama ini ia seperti angan-angan kosong. Macam saya pernah katakan sebelum ini. Forex trading bukanlah satu alat investment atau skill pelaburan untuk anda menjadi seorang yang kaya cepat. Pembelajaran dalam bidang ini mengambil sedikit masa dan skill dalam bidang ini memerlukan ilmu yang betul.

Sama macam perniagaan. Tiada sesuatu perniagaan pun yang anda boleh terus kaya sekelip mata. Anda perlu tahu selok belok dahulu, faham, punyai ilmu dan motivasi yang kuat. Walaupun forex trading jelas dapat memberikan return yang lebih menarik dan sangat tinggi berbanding instrumen pelaburan lain, tetapi anda perlu tahu yang tanpa pengalaman dan ilmu, pulangan yang tinggi akan bertukar menjadi satu risiko yang besar.

Tips, pergi kehadapan cermin dan ulang dua tiga kali berkata. “Saya tidak mahu kaya cepat dengan forex trading”. Ulang dua tiga kali. Ini bukan doa. Dan ini hanya untuk luruskan minda anda pada tahap yang realistik dan itu adalah kebenaran dalam bidang ini. Mungkin ramai akan cakap, ucapan ini negatif dan tak bagus. Tetapi anda perlu sedar berapa ramai yang kecundang bila tidak betulkan mindset sebegini.

Cermin memang bagus, ia membantu anda betulkan mindset anda. Tetapi untuk lebih bagus, sila lakarkan atas kertas, apa plan anda dalam bidang forex ini. Ini akan menjadi lebih jelas. Beberapa point di bawah akan membantu anda untuk jelaskan lagi road map anda.

# Ilmu Forex

Berapa banyak masa anda akan peruntukkan setiap hari untuk menuntut ilmu. Dan berapa banyak ilmu yang ada yang anda rasa lengkap sebelum anda berpindah untuk cuba akaun real.

# Demo Akaun

Adakah anda akan test system anda sebelum trading akaun real? Berapa lama anda akan test ? Ketika test strategi itu, bagaimanakah anda kawal emosi untuk sabar trade akaun demo walaupun jiwa anda meronta-ronta untuk trade akaun real.

# Akaun Real

Berapakah modal yang sesuai untuk anda mulakan ? Bagaimana plan anda untuk pergi lebih jauh dengan modal sebegitu? Bagaimana money management yang anda gunakan untuk tidak mahu akaun itu burn walau apa situasi sekali pun ?

# Tentang lain

Pemilihan broker, apa tawaran yang bagus? Bagaimanakah tahap pembacaan ilmu forex anda setiap hari ? Apa-apa sahaja perkara lain anda perlu lakarkan.

Setelah semuanya jelas, jangan lupa untuk print atau kertas itu tampal besar-besar dan bertindak mengikut apa sahaja yang anda lakarkan. Jangan berubah ke arah yang lebih buruk, ke arah positif tidak mengapa.

Apa-apa sahajapun. Tiada jalan singkat untuk kaya dalam bidang ini. Jangan cari. Kerana ia memang tidak wujud. Sabar dan kekalkan usaha. Kejayaan dan kekayaan akan datang mencari anda.

 

berjaya-dalam-forex-trading-malaysia

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat