Tolong China! Yuan Tenggelam Ke Dasar Terendah 14 Tahun

916

Pasaran bersiap sedia untuk mendapatkan satu lagi dorongan daripada bank pusat China ketika yuan tergelincir ke paras terendah 14 tahun.

Yuan, telah kehilangan kira-kira 4% sepanjang bulan lalu, didagangkan pada sekitar harga 7.16 berbanding greenback. Ini merupakan tahap terendah yuan sejak Mei 2008.

People’s Bank of China (PBOC) sebelum ini telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu menyokong mata wangnya, namun ia tidak mencukupi bagi menahan kejatuhan yuan.

Sejak Ogos, PBOC menetapkan kadar rujukan harian untuk yuan lebih kukuh daripada jangkaan dan mengurangkan keperluan rizab mata wang asing bank yang meningkatkan bekalan dolar untuk menyokong yuan.

Malah dalam langkah terbaharu, pada Isnin ia mengenakan keperluan rizab risiko sebanyak 20% ke atas jualan hadapan pertukaran asing bank kepada pelanggan.

Memandangkan bank pusat itu masih mempunyai banyak ruang untuk mengembalikan kestabilan yuan, pasaran menjaangkakan langkah seterusnya akan diambil oleh PBOC.

Dalam pada itu, Bank Dunia telah menurunkan ramalan terhadap pertumbuhan ekonomi China yang dijangka berkembang hanya 2.8% daripada 5.0% yang diramalkan pada April.

Unjuran terbaharu ini  didorong oleh kelembapan mendadak di China disebabkan peraturan sifar Covid-19 yang telah mengganggu pengeluaran perindustrian, jualan domestik dan eksport, kata Bank Dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat