Top Glove & Hartalega ‘Ditendang’ Keluar Dari FBM KLCI 30 Bursa Malaysia

752

‘Keluar dari top 30 tidak bermaksud tidak bagus cuma bagi gambaran buruk ja.’

FBM KLCI dijangka akan kehilangan 2 syarikat sarung tangan getah terbesar Malaysia apabila permodalan pasaran kedua-duanya menyusut di bawah ranking 30 teratas.

Menerusi laporan Citi Research, Top Glove Corp Bhd dan Hartalega Holdings Bhd kini berada dalam risiko untuk terkeluar daripada indeks komponen utama FBM KLCI 30 Bursa Malaysia.

Hal ini kerana berdasarkan permodalan syarikat, Top Glove berada pada di kedudukan ke-48 dengan RM5.81 bilion sementara Hartalega di tangga ke-43 dengan RM6.29 bilion.

Sebagai konteks, indeks FBM KLCI merangkumi 30 komponen (syarikat) yang diukur berdasarkan nilai permodalan syarikat dan mana-mana yang menduduki ranking ke-25 akan tersenarai sementara di bawah kedudukan ke-36 akan disingkirkan.

Untuk pengetahuan umum, Top Glove menembusi indeks FBM KLCI 30 pada Disember 2019 sementara Hartalega pada Jun tahun sama.

Mengulas perkara tersebut, penganalisis Citi Research mengatakan sungguhpun industri sarung tangan getah mengalami lonjakan namun prospek suram dilihat tidak berubah dan diapit cabaran peningkatan kos.

Tambahnya lagi walaupun terdapat penyebaran varian dan sub-varian baru Covid-19, permintaan terhadap sarung tangan getah dilihat masih merosot berbanding tempoh pra-pandemik.

Selain itu, faktor kelemahan nilai ringgit yang dilihat boleh menyokong margin kemungkinan gagal mengatasi cabaran dalam penentuan harga di sebalik peningkatan kos.

Ekoran itu, Citi Research merasakan industri sarung tangan getah akan terus mengalami penyusutan dan syarikat-syarikat berorentasikan sektor tersebut akan menghadapi cabaran berterusan.

Setakat penulisan ini saham Top Glove naik 0.69% pada 73 sen sementara saham Hartalega tambah 0.54% pada RM1.85.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat