Tragedi Terra (LUNA): Aset LFG Dibekukan, Ada Bukti Penyelewengan Wang

1,515

Pihak berkuasa Korea Selatan akan bertindak membekukan aset yang terikat dengan Luna Foundation Guard (LFG) dalam masa terdekat.

Pada masa yang sama, Seoul Metropolitan Police Agency menggesa beberapa bursa kripto untuk menyekat pengeluaran dana korporat yang dilakukan oleh LFG.

Bagaimanapun, bursa kripto tidak terikat dengan undang-undang berkaitan untuk berbuat demikian. Maka, masih belum jelas sama ada mereka akan patuh arahan pihak berkuasa atau sebaliknya.

Menariknya, pihak berkuasa Korea Selatan telah menemukan bukti aktiviti penyelewengan wang dalam LFG susulan daripada insiden ini.

Barangkali siasatan tersebut didorong oleh saman yang dikemukakan oleh lambakan pelabur LUNA dan UST di negara itu pada minggu lepas.

Setelah menyangkal dakwaan hutang cukai Terra Labs terhadap pentadbiran Korea Selatan, apa agaknya alasan CEO Terra, Do Kwon untuk saman dan pembekuan oleh pihak berkuasa?

Sementara itu, lima wakil dari bursa kripto terbesar Korea Selatan: Upbit, Bithumb, Coinone, Korbit, dan Gopax dipanggil bertemu dengan penggubal undang-undang untuk disoal siasat sama ada perlu bertanggungjawab dengan kerugian pelabur atau tidak.

Sebagai rekod, Coinone, Korbit, dan Gopax menghentikan aktiviti perdagangan LUNA dan UST pada 10 Mei, dan Bithumb pada 11 Mei, diikuti Upbit pada 13 Mei.

Pengerusi daripada People Power Party’s Virtual Assets Special Committee memberitahu sebuah polisi perlindungan kepada pelabur akan diterapkan kepada kesemua bursa.

Setakat hari ini, masih belum ada perkembangan berkaitan Kwon yang dipanggil parlimen Korea Selatan.

Melihat kepada impak negatif yang luar biasa terhadap Terra, masih ada harapankah untuk Kwon perkenalkan semula Terra (LUNA) baharu selepas hard fork dibantah komunitinya?

Kalau nak tahu, Do Kwon ni oppa Korea Selatan tapi Terra Labs dan LFG dibangunkan di Singapura.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat