Tragedi Untuk Fantom (FTM), Yearn Finance (YFI) – Pengasasnya Tinggalkan Projek, Hentikan Perkhidmatan Kripto Bermula 3 April

790

Pasaran kripto pada hari ini tidak dinafikan catat penurunan harga dengan rekod Bitcoin (BTC) susut hampir 3% dalam 24 jam, didagangkan pada $37,874.42.

Tetapi nasib tidak begitu baik untuk Fantom (FTM) dan Yearn Finance (YFI) kerana kedua-dua aset kripto ini jatuh ke paras lebih rendah selepas beberapa hari menunjukkan pengukuhan harga.

Dalam tempoh 24 jam:

FTM

  • Susut lebih 18%, didagangkan pada $1.34
  • Nilai semasa menyentuh paras support, sekitar $1.3 yang diuji pada minggu lalu.

YFI

  • Susut lebih 9%, didagangkan pada $18,088.72
  • Nilai semasa menghampiri paras support, $17,377 yang direkodkan semalam.

Apa yang berlaku?

Difahamkan pembangun kepada dua projek kripto ini, Andre Cronje telah mengundur diri dari ruang kewangan desentralisasi (DeFi).

Keputusan Cronje rupanya bersama-sama dengan pengunduran jurureka penyelesaian di Fantom Foundation, Anton Nell.

Setakat ini, masih belum ada alasan jelas mengapa kedua-dua individu itu berhenti daripada projek tersebut.

Berdasarkan ciapan yang dikongsi di laman Twitter, Nell menjelaskan sekitar 25 aplikasi dan perkhidmatan akan dihentikan serta-merta pada 3 April 2022. Ini termasuklah:

  • Yearn Finance
  • Network
  • Xyz
  • Org
  • Exchange
  • Crv.finance

Khabar tidak dijangka ini mengejutkan seluruh komuniti kripto. Tetapi salah seorang pembangun Yearn yang dikenali sebagai ‘banteg’ di Twitter sudah pun menjangkakan berita ini:

“Sedarkah yang Adre sudah tidak fokus terhadap YFI lebih setahun? Kalau pun dia beri tumpuan terhadap projek ini, hanya ada 50 staf sepenuh masa dan 140 staf separuh masa yang menyumbang kepada ketahanan Yearn.”

Komuniti kripto panik

Sedia maklum, DeFi adalah projek yang dibangunkan di blockchain dengan kehadiran kontrak pintar. Secara umumnya ciri DeFi tidak memerlukan pengesahan untuk menjalankan fungsinya.

Bagi meredakan keadaan, bekas pengasas utama Ethereum – James Hancock menjelaskan, “selagi mana kontrak itu kekal atau tidak memerlukan pengesahan Andre untuk perubahan, ia akan kekal beroperasi seperti biasa.”.

Difahamkan apa yang dipadam Cronje ialah laman web yang dihubungkan kepada kontrak-kontrak tersebut.

Ini bermakna sesiapa sahaja boleh tempatkan UI terhadap perkhidmatan tersebut, tetapi mereka masih perlukan insentif dan mempertingkatkan kesahihan.

Pun begitu, komuniti projek ini sudah tentu rasa dikhianati seakan-akan menjadi mangsa kepada rug pull.

Namun sebenarnya ini adalah peluang baik untuk Yearn dan Fantom terus berkembang dengan kehadiran pembangun-pembangun dengan idea baharu yang teruja untuk teruskan legasi Andre.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat