Trump Guna Taktik Kotor Untuk Menangi Pilihan Raya?

449

Kecoh apabila kontroversi besar tercetus berikutan laporan bahawa Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) bakal menjalankan siasatan rasmi terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung salahlaku politik.

Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi mengumumkan perkara tersebut di atas tuduhan terhadap Donald Trump yang dikatakan menggunakan kuasa presiden untuk membuli Ukraine bagi mendapatkan maklumat yang berpotensi untuk menjejaskan pesaing pilihan raya dari Parti Demokrat, Joe Biden.

Pelosi menyatakan bahawa tindakan Presiden Trump tersebut telah mencemari peraturan undang-undang serta mengingkari tanggungjawab perlembagaan.

Donald Trump dikatakan telah mendesak Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky untuk membuka siasatan kes jenayah yang dikaitkan kepada Biden dan anak lelakinya, Hunter.

Trump didakwa berhubung melalui panggilan telefon bersama Presiden Ukraine itu pada 25 Julai lalu. Beliau juga berkemungkinan ada membincangkan tentang bantuan ketenteraan Kongres bernilai $250 juta yang diluluskan untuk Ukraine yang ditangguhkan oleh pentadbiran Trump sehingga pertengahan September.

Trump mengesahkan panggilan tersebut dan menyatakan perbualan adalah tentang masalah rasuah dan juga isu melibatkan Biden dan anaknya.

Beliau menulis kenyataan pada akaun media sosial Twitter beliau yang menyatakan kontroversi tersebut adalah sengaja dicetuskan oleh ahli Demokrat dan media.

Jadi, adakah tuduhan kritikal ke atas Presiden Amerika Syarikat itu benar? Ikuti perkembangan isu ini dengan lebih lanjut selepas ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat