Trump Menyesal ‘Stop’ Rundingan? – Fed Kashkari Beri Amaran!

570

Presiden Rizab Persekutuan Minneapolis Neel Kashkari antara yang terawal memberi amaran jika rangsangan monetari dihentikan dengan mengatakan bahawa risiko berpotensi menjadi besar.

Kashkari menyatakan bahawa golongan pekerja, perniagaan dan kerajaan memerlukan lebih banyak wang dari Kongres. Menurut beliau jika, pentadbiran tidak membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan, ia akan membawa kesan yang lebih besar seperti kekurangan perbelanjaan dan akhirnya kepada kemorosotan ekonomi yang lebih buruk.

Perbincangan untuk mendapatkan lebih banyak dana dari Washington dihentikan pada hari Selasa selepas Presiden Donald Trump memerintahkan untuk menghentikannya sehingga selepas pilihan raya November. Namun Trump mula mengubah pendiriannya dan mendesak pembiayaan khusus untuk industri penerbangan.

Sebelum langkah yang diambil Trump, Pengerusi The Fed, Jerome Powell telah menyatakan bahawa bantuan fiskal tambahan adalah diperlukan. Disisi lain, Presiden Fed Cleveland, Loretta Meste menyatakan bahawa kelewatan rangsangan bermaksud pemulihan ekonomi akan lebih perlahan.

Kongres setakat ini telah meluluskan dana lebih dari $ 2 trilion, walaupun sebahagian besar peruntukan itu telah tamat. The Fed pula telah menurunkan suku bunga dan melaksanakan program pinjaman dan fungsi pasaran lebih dari yang sepatutnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat