Tuntutan Pengangguran AS Berkurangan Kepada 236,000

47

Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas berkurangan jika dibandingkan dengan minggu sebelum itu. Hal ini menunjukkan pasaran buruh yang semakin baik.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 01 Disember berkurangan sebanyak 2,000 kepada 236,000.

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran meningkat sebanyak 239,000.

Minggu lalu juga adalah minggu ke-144 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Data pekerjaan bagi negara seperti AS adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi AS sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat