‘Twitter Crypto’ Fokuskan Pembinaan Blockchain, Kripto & Teknologi Desentralisasi

621

Dalam perkembangan terbaru, Twitter dikatakan telah menubuhkan pasukan kripto ‘Twitter Crypto’ yang memfokuskan kepada penyelesaian kripto, Dapps, non-fungible token (NFT) dan kewangan desentralisasi (DeFi).

Nampaknya Twitter benar-benar serius mahu memfokuskan kepada pembangunan laman media sosial yang berkaitan dengan kripto selepas pelancaran tip dalam Bitcoin (BTC) pada bulan lepas.

Tidak cukup dengan itu, Twitter juga telah melancarkan inisiatif platform media sosial desentralisasi, Bluesky pada Ogos dan dikhabarkan ia masih di fasa awal.

Ringkasan ‘Twitter Crypto’:

  • Diketuai Tess Rinearson, individu yang pernah terlibat dalam pembangunan Tendermint Core, Chain.com, Interchain Foundation, dan Cosmos.
  • Bertujuan menyempurnakan lagi platform tip Bitcoin dan perkhidmatan pengesahan identiti melalui NFT.
  • Mengusahakan sokongan terhadap Dapps dan penyelesaian berkaitan identiti, pemilikan aset, dan pembangunan komuniti.
  • Dipertanggungjawabkan untuk menangani aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Web 3.0.

Idea ini walaupun khabar baik untuk pendukung kripto tetapi ia masih gagal mendorong saham Twitter (NYSE:TWTR) ke paras yang positif dengan pemerhatian mendapati ia susut hampir 25% dalam tempoh hampir 2 minggu.

Jika downtrend masih berterusan, saham Twitter tidak mustahil akan menyentuh paras sokongan $50. Jika sebaliknya berlaku, harga saham platform media sosial ini akan kembali didagangkan pada $55-$60.

Saham Twitter ditutup pada $52.33 manakala pasaran kripto menyaksikan pembetulan harga susulan kejatuhan harga Bitcoin (BTC) hampir 10%.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat