Twitter Lancarkan Pula Pemberian Tips Dalam Ethereum (ETH)!

372

Beberapa bulan selepas melancarkan pemberian tip dalam Bitcoin (BTC) dan kemudian diteruskan dengan pelancaran fungsi non-fungible token (NFT) sebagai PFP, Twitter umumkan ketersediaan tip dalam Ethereum (ETH) pula.

Pengumuman tersebut diumumkan semalam. Ini bermakna pengguna Twitter ditawarkan dengan dua pilihan, sama ada menerima tip dalam BTC atau ETH.

Sebagai rekod, pengenalan pemberian tip melalui kehadiran ‘Tips’ di Twitter bermula pada September 2020.

Pemberian Tips boleh digunakan bersama-sama perkhidmatan ketiga seperti Venmo dan Cash App.

Selain itu, pengguna juga boleh menyumbang tip secara terus dengan dapatkan alamat wallet mereka di paparan utama profil individu atau akaun yang anda berminat untuk sumbang.

Adakah ciri ini sudah sampai di Malaysia?

Ya! Sebenarnya sejak pelancaran pada September lagi, pengguna Twitter Malaysia boleh aktifkan Tips.

Mudah saja!

  • Pergi ke halaman ‘Profile’.
  • Tekan ‘Edit Profile’.
  • Di bawah sekali, tekan ‘Tips’
  • Di bahagian ‘Manage’, pastikan ‘Allow Tips’ diaktifkan.
  • Jangan lupa masukkan alamat wallet kripto anda: Bitcoin dan Ethereum.

Selesai langkah di atas, profil Twitter anda sudah bersedia untuk menerima tip dalam mata wang kripto!

Menarik kan?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat