UK Tawarkan Solusi Kepada EU! Adakah Ini Perakhiran Kebuntuan Yang Dialami Dalam Perjanjian?

234

Selepas perjanjian pasca-Brexit antara Kesatuan Eropah dan Britain gagal menemui jalan penyelesaian atas perselisihan yang berlaku, Britain pada hari ini cuba menawarkan solusi kepada EU. Perkara ini telah berjaya meningkat harapan pasaran pada awalnya.

Walaubagaimanapun, usulan solusi yang ditawarkan oleh Britain mengenai isu hak penangkapan ikan telah ditolak oleh EU. Justeru ia menambahkan lagi tekanan untuk mecapai persetujuan dalam perjanjian perdagangan pasca-Brexit.

Boris Johnson pada hari ini dua kali berhubung dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen melalui panggilan telefon pada hari ini sebagai usaha untuk mendapatkan jalan penyelesaian. UK menawarkan solusi dengan mengatakan bahawa EU hanya dibenarkan untuk membuat tangkapan ikan di perairan UK sebanyak 30% berbanding 60% yang dimohon oleh EU.

Blok EU telah menolak cadangan itu dengan mengatakan bahawa ianya sukar bagi negara-negara seperti Perancis dan Denmark untuk menerimanya. Terkini, hanya tinggal sembilan hari sebelum UK meninggalkan pasaran tunggal, sama ada dengan perjanjiam atau tanpa perjanjian. ‘No deal’ akan menyebabkan sektor-sektor ekonomi di perairan Britain akan berada dalam keadaan berisiko.

Disamping nilai peratusan tangkapan yang menjadi isu utama, kedua-dua belah pihak juga berselisih tentang berapa lama masa yang akan diberikan kepada para nelayan untuk menyesuaikan diri mereka dengan peraturan.

UK disisi lain telah menuntut kepada EU agar memperpanjangkan tempoh peralihan daripada 3 tahun kepada 5 tahun. Bagi pihak EU, EU ingin mengenakan tarif kepada barangan UK pada masa akan datang jika pentadbiran UK ingin menyekat akses ke perairan mereka. Dalam tawaran kompromi terbaru, UK mengatakan bahawa pihak mereka hanya akan menerima tarif perikanan, tidak kepada sektor lain.

Matawang pound masih menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.35% pada paras tukaran 1.3415 setakat jam 9.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat