Ulasan Data Ekonomi China Yang Mempengaruhi Sentimen Pasaran Kewangan

482

Biro Statistik Negara China telah mengeluarkan beberapa data ekonomi penting yang menjadi tumpuan seluruh pelabur pada sesi pasaran Asia pagi ini.

Data utama yang menjadi tumpuan adalah kadar pertumbuhan GDP untuk suku tahun pertama 2019 yang mengkaji nilai kasar pengeluaran produk dan servis di China. Bacaan data adalah positif dengan mencatatkan kadar pertumbuhan di paras 6.4% seperti bacaan data pada suku tahun terakhir 2018 mengatasi ramalan penurunan kepada 6.3% oleh pasaran.

Namun jika dilihat secara lebih mendalam, kadar pertumbuhan tersebut masih kekal di paras terendah sejak krisis kewangan global disebabkan terkesan oleh konflik dagangan antara Amerika Syarikat dan China sebelum ini serta permintaan domestik yang menyusut.

Data seterusnya yang turut menjadi tumpuan pasaran adalah data pengeluaran perindustrian unjuran tahun ke tahun. Bacaan data adalah meningkat tinggi ke paras 8.5% berbanding sebelum ini iaitu pada 5.3% dan juga mengatasi jangkaan kenaikan sekitar 5.6% oleh pasaran.

Data ini menunjukkan jumlah hasil pengeluaran industri di China melibatkan kilang-kilang dan fasiliti pembuatan. Pengeluaran yang tinggi akan memberi kesan positif terhadap kadar inflasi dan mendorong bank pusat China untuk mengetatkan dasar monetari dan risiko polisi fiskal.

Seterusnya, Biro Statistik Negara China juga turut mengeluarkan laporan data jualan runcit yang mengukur kadar jualan dan perbelanjaan pengguna dalam negara. Bacaan data jualan runcit juga turut meningkat tinggi untuk bulan Mac dengan catatan 8.7% mengatasi jangkaan kenaikan 8.3% oleh pasaran berbanding bacaan 8.2% pada bacaan bulan Februari. Peningkatan pada kadar jualan kali ini adalah tertinggi sejak September 2018 yang lalu.

Secara keseluruhannya, data ekonomi China yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara China adalah positif dan memberi isyarat pertumbuhan yang baik untuk ekonomi kedua terbesar dunia itu. Ini juga akan membantu meningkatkan lagi keyakinan pelabur untuk aktif dalam pasaran berikutan sentimen pasaran risk-on.

Turut mendapat manfaat susulan data dikeluarkan sebentar tadi adalah dagangan dolar AUD berikutan faktor rakan dagang utama. Pengukuhan Aussie melihatkan harga pada dagangan pasangan matawang AUD/USD melonjak 50 pips mencatatkan paras ketinggian semasa yang baru ke sekitar paras resistance 0.72000.

Sementara sentimen pasaran yang stabil ini bakal menyumbang kepada faktor penurunan pada dagangan dolar USD yang merupakan matawang berstatus safe-haven.

Terus pantau perkembangan ekonomi di China yang sering memberi impak terhadap pasaran kewangan semasa dan turut mempengaruhi dagangan matawang utama yang lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat