Ulasan Kenyataan Rizab Bank Australia Berkenaan Penetapan Kadar

50

Rizab Bank Australia (RBA) ataupun bank pusat di Australia ini mengekalkan kadar cash rates pada mesyuarat terakhir mereka tahun ini pagi tadi. Bank pusat melihat sedikit perubahan yang berlaku sejak bulan lepas. Kali terakhir RBA mengubah kadar ialah pada 2 Ogos lepas dimana RBA memotong 25 mata asas cash rates kepada 1.50%.

RBA mengatakan, ekonomi di Australia meneruskan transisinya berikutan pelaburan yang besar dan mendadak dalam sektor galian. Ada sektor yang perlahan jika dilihat pada kadar pertumbuhan, tetapi pasti ia akan meningkat semula.

Masalah yang dihadapi oleh Australia ketika ini ialah kadar inflasi yang lemah memaksa RBA untuk menggunakan pelonggaran polisi (easing policy) yang agak aggresif. Bank Pusat menjangkakan inflasi akan terus berada di paras rendah beberapa waktu ini sebelum meningkat secara berperingkat ke paras normal. Walau bagaimanapun, kadar faedah rendah telah banyak menyokong permintaan domestik, manakala penyusutan nilai Aussie Dolar membantu para pengeksport.

Ekonomi secara keseluruhannya terus berkembang pada kadar yang sederhana, melonjakkan keyakinan bahawa inflasi juga akan turut meningkat di masa hadapan. Ahli-ahli RBA menunjukkan mereka berpuas hati dengan prospek terkini ekonomi Australia dengan pertumbuhan ekonomi dijangka akan dapat mencapai tahap maksimum di masa hadapan.

Dalam minit mesyuarat pada 1 November lepas RBA mengatakan, “Dalam membuat keputusan polisi monetari, semua ahli mengakui data-data ekonomi antarabangsa dan domestik sejak beberapa bulan ini menepati jangkaan awal dan ada juga sedikit perubahan sejak pembentangan polisi pada Ogos”.

Minit RBA juga menyatakan, “Melihat keadaan dalam sektor perumahan yang semakin mencabar”, yang disebabkan peningkatan harga di bandar seperti Sydney dan Melbourne. Sydney dikenali sebagai pasaran perumahan yang terkemuka belum lagi menunjukkan tanda-tanda perlahan dan harga rumah telah pun meningkat sehingga 15% tahun ini.

RBA menjangkakan pertumbuhan KDNK akan berada di antara 2.5% dan 3.5% sepanjang dua tahun ke depan. Jangkaan ini tidak diubah sejak Ogos lepas semasa pembentangan jangkaan ekonomi suku kedua. Kenyataan polisi monetari ini akan dibuat setiap suku tahunan iaitu empat kali setahun.

 

Teori Harga Minyak Global Oleh Penganalisis di Goldman Sach

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat