Ulasan Penetapan Kadar Bank Pusat Australia

43

Bank Pusat Australia (Reserve Bank of Australia) mengekalkan kadar faedah (cash rate) pada Selasa, satu keputusan yang telah dijangka oleh keseluruhan pasaran global.

Ahli-ahli Bank Pusat mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% dalam mesyuarat kali ke-tujuh kadar ini dikekalkan. Secara keseluruhan kadar 1.50% telah dikekalkan dalam lapan mesyuarat sebelum ini.

Inflasi masih agak rendah. Inflasi utama dijangka akan meningkat sepanjang tahun 2017 sehingga melebihi 2 peratus. Kenaikan dalam inflasi juga dijangka secara berperingkat dengan pertumbuhan gaji pekerja masih perlahan,” kata bank pusat dalam kenyataan rasmi hari ini.

Mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada 2 May.

Ekonomi Australia dilihat meningkat secara berperingkat sejajar dengan jangkaan bank pusat. Pertumbuhan ekonomi melonjak secara mendadak pada suku keempat dengan inflasi tahunan juga memulih dari paras rendah beberapa dekad yang lalu. Walaubagaimanapun, harga pengguna terus berada di bawah sasaran bank pusat.

Awal hari ini, lebihan perdagangan (trade surplus) ekonomi Australia meningkat lebih dari jangkaan pada Februari dengan penyusutan import dan eksport yang semakin meningkat. Trade surplus Australia mencatatkan A$3.57 billion pada Februari naik dari A$1.5 billion lebihan pada bulan sebelum. Jangkaan bagi data kali ini ialah lebihan dagangan meningkat kepada A$1.8 billion.

Walaubagaimanapun, dolar Australia melemah sejak pukul 10 pagi tadi dengan Aud/Usd ketika ini telah mencatatkan kejatuhan hampir 70 pip sehingga pukul 7.15 petang tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat