Ulasan Penganalisis Ekonomi Menjelang Laporan Dasar Monetari Berbeza Dengan Jangkaan Pasaran?

366

Bank pusat England (BoE) bakal mengumumkan keputusan dasar monetari pada hari Khamis ini, dimana UK akan mengumumkan langkah-langkah keccemasan selepas mengambil kira data yang lebih meluas kesan daripada penularan wabak Covid-19 dan dalam masa yang sama rincian mengenai rundingan Brexit juga akan didedahkan.

Namun pemain pasaran tidak menjangkakan bank pusat akan mengubah kadar faedah atau mengumumkan rangsangan fiskal lebih lanjut. Para pakar ekonomi berpendapat bahawa peningkatan tanda-tanda gelombang kedua Covid-19 dan pengangguran disebabkan pakej rangsangan yang bakal berakhir pada bulan Oktober ini akan menghambat pertumbuhan ekonomi berbentuk V.

BOE mengumumkan pengembangan tambahan program pembelian bon sebanyak 100 bilion £ ($ 131.4 bilion) pada bulan Jun, menjadikan nilai Kemudahan Aset Pembelian (APF) bank pusat menjadi 745 bilion £. Bank pusat juga mengekalkan kadar pinjaman utamanya pada 0.1%, dengan kadar penurunan dua kali ganda dari paras bacaan 0.75%.

Penganalisis seperti Alan Custis yang merupakan ketua ekuiti UK di Lazard Asset Management, menyatakan bahawa jangkaan BoE akan meningkatkan prospek GDP pada tahun 2020 namun prospek GDP pada 2021 akan diturunkan kerana risiko wabak Covid-19 gelombang kedua. Pemulihan jangka panjang dalam ekonomi UK cenderung berlarutan dan akan lebih perlahan daripada ekonomi negara lain berikutan impak pengunduran daripada Kesatuan Eropah.

Setakat ini, UK sedang bergelut mencari titik temu dalam perbincangan bersama para pemimpin EU dalam rangka untuk menyelesaikan hubungan perdagangan baru. Tanpa sebarang kesepakatan dalam perundingan akan menatijahkan peralihan UK tanpa perjanjian perdagangan. Perbincangan pusingan seterusnya dijadualkan bermula pada 17 Ogos ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat