Ulasan PM Johnson Naikkan Harapan Pasaran – Rundingan Minggu Ini Jadi Penentu!

209

Britain masih berharap dapat memperoleh perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah selepas rundingan pada minggu lepas menunjukkan satu perkembangan yang baik.

Perdana Menteri Boris Johnson dan Ketua Eksekutif EU, Ursula Von der Leyen telah menjalankan rundingan bersama sehingga Ahad bagi memutuskan langkah seterusnya setelah gagal untuk menemui titik temu pada hari pertama perbincangan bersemuka.

Hasil pertemuan tersebut, jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson tampil memberi perkembangan terkini bahawa masih ada jurang mengenai isu-isu penting. Sebelum ini perselisihan utama masih berlaku iaitu hak memancing di perairan Britain, memastikan persaingan yang adil untuk syarikat di kedua-dua belah pihak dan cara menyelesaikan pertikaian di masa hadapan.

Tambah jurucakap Boris Johnson, pihak Britain masih berharap kesepakatan dapat dicapai. Justeru itu, Britain akan terus berusaha untuk mencapai perjanjian perdagangan bebas.

Disisi lain, Suruhanjaya Eropah turut menyatakan tekad yang sama dengan mengatakan pihak mereka akan memberi dedikasi yang sepenuhnya untuk meraih perjanjian perdagangan pasca Brexit sebelum peralihan Britain dari Blok Eu pada 31 Disember.

Britain secara rasmi meninggalkan EU pada bulan Januari, dan kini berada dalam tempoh fasa peralihan. Dalam tempoh ini UK masih berada di bawah  peraturan perdagangan EU. Walaubagaimanapun, semua itu akan berakhir pada 31 Disember dan jika pada waktu tersebut belum ada kesepakatan maka kedua-dua belah pihak harus menanggung kos bernilai perdagangan yang bernilai $ 1 triliun dolar setahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat