Untung 16 Kali Ganda, Saham Firma Ini Terus Pacak!

1,839

Saham syarikat pengeluar keluli, Tashin Holdings Bhd meningkat sebanyak 4.5 sen atau 5.59% kepada 85 sen pada sesi dagangan pagi ini selepas keuntungan bersih syarikat berkenaan melonjak 16 kali ganda kepada RM12.23 juta untuk suku pertama yang berakhir 31 Mac 2021 (1QFY21) berbanding RM724,000 pada tempoh sama tahun lalu.

Pada pukul 10.08 pagi, kaunter itu mengalami kenaikan pada 82.5 sen, naik 2 sen atau 2.48%.

Kaunter tersebut yang merupakan antara 30 saham yang paling aktif didagangkan setakat hari ini, menyaksikan 16.58 juta sahamnya diniagakan.

Semalam, syarikat berkenaan mengumumkan keuntungannya meningkat berikutan permintaan dan harga jualan produk keluli yang lebih tinggi.

Pendapatannya untuk 1QFY21 bagaimanapun melonjak 55.2% kepada RM95.22 juta berbanding RM61.35 juta pada tahun lalu terutamanya disebabkan oleh permintaan produk syarikat itu yang lebih tinggi.

“Berdepan dengan keadaan yang tidak dijangka, lembaga pengarah optimis prospek syarikat untuk suku akan datang bakal kekal positif dan memberangsangkan berikutan permintaan yang tinggi untuk segmen pembuatan keluli dan paip keluli serta tempahan jualan yang meningkat daripada segmen automotif,” kata kenyataan syarikat berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat