Untunglah Amerika, Vaksin Covid-19 Bakal Tersedia Tak Lama Lagi

542

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memberitahu para pegawai kesihatan negeri supaya bersiap sedia untuk mengedarkan vaksin coronavirus kepada golongan berisiko tinggi secepatnya akhir Oktober, menurut dokumen yang diterbitkan agensi itu pada Rabu.

The New York Times sebelum ini melaporkan bahawa CDC telah menghubungi para pegawai dari 50 negeri dan 5 bandar besar dengan menyediakan maklumat mengenai perancangan perlancaran vaksin, di mana ia mungkin akan diluluskan sebagai vaksin berlesen atau di bawah kebenaran penggunaan kecemasan.

Dokumen yang diterbitkan oleh CDC menunjukkan bahawa agensi itu sedang berusaha untuk menyiapkan satu atau dua vaksin untuk tersedua dalam jumlah yang terhadap pada akhir Oktober.

Vaksin tersebut akan disediakan secara percuma kepada golongan berisiko tinggi termasuk pekerja kesihatan, anggota keselamatan negara serta penduduk dan kakitangan rumah penjagaan.

Pakar penyakit berjangkit AS Athony Fauci sebelum ini memberitahu bahawa berdasarkan kadar pendaftaran pesakit dalam percubaan vaksin Covid-19 yang sedang berlangsung, mungkin terdapat data klinikal yang mencukupi untuk mengetahui sama ada salah satu vaksin selamat digunakan menjelang November dan Disember.

Setakat ini terdapat tiga pembuat vaksin Barat yang sedang dalam proses ujian klinikal tahap 3 yang membabitkan puluhan ribu peserta, termasuk AstraZeneca, Moderna dan Pfizer.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat