Untunglah Saudagar Minyak, Harga Dah Naik Semula!

236

Dagangan komoditi hitam meningkat ketika awal perdagangan sesi Asia setelah data menunjukkan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat mengalami kejatuhan ketara pada minggu lalu.

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan inventori minyak mentah jatuh sebanyak 5.42 juta tong pada minggu lepas daripada pertambahan 951,000 tong yang direkodkan minggu sebelumnya.

Penurunan ini sedikit sebanyak membantu meredakan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes Covid-19 dan perlaksanaan sekatan baru yang boleh menjejaskan permintaan minyak.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $41.09 setong, manakala WTI Amerika Syarikat positif pada $43.30 setong.

Kedua-dua penanda aras itu sebelum ini telah mencatatkan peningkatan 2% ketika sesi New York.

Selain itu, pergerakan harga turut disokong oleh jangkaan daripada data Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang menunjukkan bekalan minyak mentah mungkin akan berkurang sebanyak 4.1 juta tong sehari pada suku keempat tahun ini.

Walau bagaimanapun, kebimbangan berterusan terhadap peningkatan kes jangkitan coronavirus di seluruh dunia dan kesannya terhadap permintaan bahan bakar masih membataskan peningkatan harga untuk naik lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat