Untunglah Sepanyol!

704

Menurut Menteri Kesihatan Sepanyol, Salvador Illa, negara tersebut akan mendapat vaksin Covid-19 pertama yang dibangunkan oleh syarikat farmasi AS Pfizer dan rakan kongsinya BioNTech pada awal 2021. Untuk pengetahuan semua, pada peringkat awal, negara berkenaan didakwa akan mendapat sebanyak 20 juta dos vaksin, cukup untuk mengimunisasi seramai 10 juta rakyat.

Selain itu, program vaksinasi yang bakal dilaksanakan adalah percuma untuk semua rakyat mereka.

Di samping itu, menteri berkenaan mendedahkan bahawa majoriti rakyatnya akan menerima suntikan vaksin pada bulan April hingga Mei tahun hadapan, sehingga mampu untuk memerangi penularan wabak Covid-19.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan akan memainkan peranan penting bagi meyakinkan sebahagian besar penduduk tentang keperluan vaksin tersebut.

Tambahnya, vaksin bertujuan untuk menyelamatkan nyawa.

Umum mengetahui bahawa vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer dan BioNTech didapati mencatatkan keberkesanan lebih daripada 90% hingga mencetuskan gelombang optimisme di seluruh dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat