Update Terkini Pergerakan Harga Bitcoin Didedahkan!

965

“BTC masih tidak menentu, tapi harganya boleh naik lagi ni. Korang pula rasa macam mana?”

Memang raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) merudum semula pada hari ini, tetapi harganya yang menembusi $71,715 pada 28 Mei 2024 bakal menunjukkan pengukuhan lagi disebabkan peningkatan hasil Perbendaharaan 5 tahun dua minggu lalu.

Diperjelaskan lebih lanjut, para pelabur saham kini mungkin berada dalam kebimbangan susulan daripada permintaan lemah pada lelongan Jabatan Perbendaharaan ditambah pula open interest niaga hadapan BTC telah meningkat 6% sepanjang minggu lalu.

Namun perlu diketahui correction pasaran kripto 10% biasanya boleh mencetuskan liquidations secara berperingkat yang akan memburukkan lagi penurunan harga BTC sekiranya kenaikannya terlalu bergantung pada leveraj.

Selain perkembangan kawal selia dan kelulusan spot Ethereum (ETH) ETF, kelulusan pembaharuan FIT 21 oleh Kongres serta Senat yang ingin memansuhkan peraturan perakaunan SAB 121 dicadangkan SEC adalah antara faktor yang boleh mendorong harga BTC untuk mendaki lebih tinggi.

Tinjauan harga BTC kekal positif dalam jangka pendek dengan penstabilannya baru-baru ini telah tercetus disebabkan pengurangan tekanan jualan oleh pemegang jangka panjang dan aktiviti daripada pelabur yang memiliki sejumlah besar aset digital dalam wallet.

Memandangkan tekanan jualan harian semula jadi miners adalah $32 juta sehari sejak halving, tekanan belian ETF yang hampir lapan kali ganda menunjukkan peningkatan permintaan dan penurunan insurans untuk BTC akan memberi kesan positif pada harganya.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang didagangkan pada paras $67,578 telah menjunam sedikit 1.05% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 2.66% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat