Uruguay Mahu Matawang Kripto Diterima Sebagai Medium Pembayaran

215

Uruguay dilaporkan sedang mara untuk menerima matawang kripto ke dalam sebahagian ekonominya.

Susulan daripada itu, Senator Juan Satori telah mengusulkan rang undang-undang yang mana akan mengatur matawang kripto sekaligus membenarkan perniagaan untuk menerima pembayaran kripto.

Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tidak sama seperti idea presiden El Salvador, Nayib Bukele yang menjadikan matawang kripto sebagai tender sah.

Berdasarkan rang undang-undang tersebut, aset kripto akan dikenali dan diterima oleh undang-undang, dan boleh digunakan dalam mana-mana perniagaan yang sah.

Tidak cukup dengan itu, aset kripto juga akan dianggap sebagai medium pembayaran yang sah, turut termasuk dalam undang-undang inklusi kewangan selagi mana ia mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Jika rang undang-undang ini diterima majoriti, pihak kerajaan akan mengeluarkan tiga jenis lesen untuk perniagaan menggunakan kripto:

  1. Lesen yang membolehkan syarikat-syarikat untuk berdagang aset kripto di pertukaran (exchanges).
  2. Lesen yang membenarkan aktiviti simpanan atau pemilikan aset kripto.
  3. Lesen yang digunakan untuk mengeluarkan aset kripto atau token utiliti dengan ciri-ciri kewangan.

Lesen-lesen tersebut berada di bawah bidang kuasa National Secretariat for the Fight Against Money Laundering and Terrorism Financing (SENACLAFT).

Selain Uruguay, beberapa negara Amerika Selatan lain seperti Paraguay, Panama, Argentina, dan Columbia juga sudah mula mengusahakan penggunaan kripto dalam sebahagian ekonomi negara masing-masing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat