US Dolar Lemah, Tapi Kenapa USD/CAD Terus Papar Kenaikan?

460

Walaupun prestasi US dolar masih merosot pada minggu ini, tapi kenapa harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD menunjukkan peningkatan?

Corak kenaikan harga yang dipaparkan lebih didorong oleh penyusutan nilai dolar Kanada yang dipengaruhi oleh sentimen pasaran minyak mentah global.

Kebimbangan terhadap penularan Covid-19 varian Delta di Amerika Syarikat (AS) dan China yang merupakan dua negara pengguna terbesar minyak di dunia dilihat bakal menjejaskan kadar permintaan bahan bakar itu.

Namun, ketegangan di Timur Tengah kini dipantau selepas laporan berlaku rampasan terhadap sebuah kapal tangki minyak di luar perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejatuhan harga minyak telah mendorong kenaikan harga berlaku pada carta USD/CAD dengan paras ketinggian dicapai semalam sekitar 1.25700 sebelum kembali semula ke zon harga 1.25300 sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).

Pergerakan harga yang juga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam membuatkan pelabur positif harga akan meneruskan pergerakan dalam trend bullish.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju ke paras 1.26000 untuk menguji paras rintangan tersebut selepas harga gagal melepasinya pada cubaan minggu lalu.

Jika kenaikan berjaya melepasi rintangan tersebut, sasaran seterusnya dilihat pada paras ketinggian 1.28000 selepas harga mencapai zon rintangan tersebut pada bulan lalu untuk catatkan paras tertinggi 5 bulan.

Namun jika harga membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50 dan memberi isyarat bearish harga, zon support 1.24300 akan diuji sekali lagi sebelum penurunan lebih rendah bakal mencecah paras tumpuan 1.24000.

Untuk dagangan dolar Kanada, pelabur juga akan menantikan laporan pekerjaan Kanada pada Jumaat yang akan diterbitkan bersama laporan pekerjaan NFP AS.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat