US Dolar Terus Menyusut, Harga Emas Melonjak Naik – Sesi Eropah

302

Pasaran Matawang

Matawang Australia menyusut berbanding US dolar dalam sesi dagangan Eropah.

AUD/USD menyusut sebanyak 0.05% kepada 0.7873. NZD/USD mengukuh sebanyak 0.73% kepada 0.7317.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain menyusut kepada 89.34 setakat jam 05.40 p.m

Laporan data Australia yang dikeluarkan tidak dapat membantu pengukuhan matawang Aussie. Imbangan dagangan Australia mencatat defisit sebanyak A$1.36 billion pada bulan Disember. Kadar faedah dikekalkan pada 1.50% seperti yang dijangkakan.

Matawang NZD mencatat pengukuhan berikutan penyusutan US dolar.

Pasaran Komoditi

Harga minyak mentah jatuh melebihi 1% dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa berikutan kejatuhan menjunam dalam pasaran ekuiti.

Harga minyak WTI jatuh kepada $63.77 setong dan Brent jatuh kepada $67.12 setong setakat jam 05.40 p.m

Harga emas melonjak naik sebanyak 0.64% kepada 1,345.10.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat