US Dollar Tiba-Tiba Kecundang Selepas Data PMI Dikeluarkan, Apa Sudah Jadi?

1,361

Mata wang Euro susut ke paras terendah baru dalam dua dekad pada hari Selasa, , memberikan tamparan baru kepada para pemain pasaran berikutan kebimbangan terhadap apa yang berlaku dalam sektor tenaga. Hal ini dijangka boleh mendorong kenaikan inflasi dan mengheret negara-negara Eropah ke kancah kemelesetan.

Sementara itu, yuan China melemah kepada paras terendah dua tahun dan mata wang sterling mencecah paras paling lemah sejak Mac 2020. Data aktiviti perniagaan dari Eropah dilaporkan tidak seteruk yang dikhuatiri, menolak euro daripada paras terendah 20 tahun pada awal sesi, pada dagangan $0.99005 berbanding US dolar.

Namun, aktiviti perniagaan zon euro menguncup untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Ogos dan jangkaan yang suram menyebabkan euro terus menyusut. Semasa penulisan mata wang Euro telah mula bangkit dengan pengukuh sebanyak 0.77% kepada paras dagangan 1.0012 berikutan kelemahan US dolar akibat data PMI yang lemah.

Waima begitu pasaran tetap memberi perhatian pada kenaikan harga gas yang telah menjadi pemacu penyusutan Euro pada awal sesi dagangan.

Harga gas borong British dan Belanda meningkat dengan mendadak pada hari Isnin kerana prospek penyelenggaraan saluran paip utama Rusia ke Eropah. Rusia akan menghentikan bekalan gas asli ke Eropah melalui saluran paip Nord Stream 1 selama tiga hari pada akhir bulan, indikasi terbaru tentang keadaan tidak menentu terhadap bekalan tenaga di Eropah.

Disisi lain, Indeks US dolar didagangkan susut 0.71% kepada paras dagangan 108.183. Aktiviti perniagaan sektor swasta A.S. menguncup untuk bulan kedua berturut-turut pada bulan Ogos kepada paras paling lemah dalam 18 bulan dengan sektor perkhidmatan yang kian lemah pabila permintaan semakin lemah dalam menghadapi inflasi dan keadaan kewangan yang lebih ketat.

Indeks pengurus pembelian (PMI) komposit kilat S&P Global bagi bulan Ogos turun kepada 45 bulan ini – terendah sejak Februari 2021,daripada bacaan akhir 47.7 pada bulan Julai. Bacaan di bawah 50 menunjukkan penguncupan dalam aktiviti. Kejatuhan itu lebih ketara dalam perkhidmatan, di mana PMI sektor itu turun kepada 44.1 daripada 47.3 bulan lepas, berbanding aktiviti kilang.

Kedua-duanya adalah yang terendah sejak pertengahan 2020 dan juga berada di bawah anggaran median dalam tinjauan pendapat pakar ekonomi Reuters, dengan bacaan perkhidmatan berada jauh di bawah ramalan konsensus 49.2.

Dalam masa yang sama, pasaran tetap memililh US dolar pada ketika ini berikutan mesej hawkish dari simposium Jackson Hole Fed. Justeru, penganalisis menjangkakan, Ketua The Fed, Jerome Powell akan bersikap hawkish.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat